Translate

Thursday, February 1, 2018

Malaysia menuju ke arah pertumbuhan pada 2018  


Salleh Said Keruak

Apabila anda mendengar retorik pihak yang menentang kerajaan, anda akan mendapat gambaran bahawa Malaysia akan muflis. Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia akan hancur. Sebenarnya, ini merupakan pembohongan oleh pihak pembangkang dan apa yang berlaku sebenarnya adalah bertentangan dengan apa yang mereka dakwa.

Unjuran pertumbuhan ekonomi global Bank Dunia untuk 2018 adalah 3.1%  iaitu 2.2% untuk ekonomi maju dan 4.5% untuk pasaran baru dan ekonomi negara membangun. Di rantau Asia Timur dan Pasifik, ramalan pertumbuhan ekonomi adalah 6.2% - 6.4% untuk China dan 5.3% untuk Indonesia.

Bagi Malaysia, ramalan pertumbuhan ekonomi untuk tahun 2018 adalah 5.5% - jauh lebih baik daripada AS (2.5%), UK (1.4%), Jepun (1.4%), Jerman (2.4%), Singapura (2.5%), dan sebagainya. Pertumbuhan ekonomi 2-3% dianggap biasa manakala 5% dan ke atas adalah dianggap hebat. Jadi Malaysia berada dalam kategori  negara ‘hebat' dan tidak akan muflis seperti mana yang didakwa pihak lawan.

No comments: