Translate

Sunday, December 31, 2017

Malaysia in 2018


Salleh Said Keruak

As we enter into 2018 there are a few things we must remember. First of all it is now more than 60 years since Merdeka when the new nation that was born on 31st August 1957 was founded on the spirit of moderation, understanding and tolerance. The formula hammered out between the British and the Alliance Party of Umno, MCA and MIC took into consideration the multi-ethnic and multi-religious make-up of the country that would require a lot of effort to prove viable.

This diversity was enhanced with the creation of Malaysia on 16th September 1963 when the country’s multi-ethnicity became richer with the inclusion of Sabah and Sarawak into the Federation.

The pride of being Malaysian is embedded in the concept of NegaraKu. Patriotism is about being proud of your country and uniting as one under 1Malaysia, bridging the ethnic and religious divide.

Over these 60 years the peace and tranquility of the nation was interrupted from time to time, the worse being in 1969. From the ashes of that May 1969 tragedy emerged Barisan Nasional to replace the Alliance Party and the nation not only reverted to its old self but economic progress was enjoyed in the years following that. Malaysia became the choice for foreign investors because of the country’s stable political environment.

Of late this is being threatened by those who play the race and religion card. 2018 we shall be seeing the 14th general election being held and we need to remember that a stable government must be one of the requirements in choosing a government. There are those who do not care if they sacrifice the nation in the pursuit of power and such people must be rejected. Let 2018 be the year Malaysians tell those who jeopardise our future that Malaysians wants peace and not chaos.

Saturday, December 30, 2017

When an excuse is cloaked as an apology


Salleh Said Keruak

Tun Dr Mahathir Mohamad’s so-called apology today sounds more like an excuse rather than an apology. Mahathir said, “Before I end my speech, I would like to apologise if I have offended anyone. Like other human beings, I’m not alone in saying or doing wrong.”

This sounds like a ‘by the way before I go’ sort of statement. In other words, it is not an important issue but just selit masuk since he already happens to be on stage talking. And the apology is so general it can mean anything. Is Mahathir talking about the forex losses, or the Maminco disaster, or the jailing of Anwar Ibrahim, or the Constitutional Crisis, or Perwaja? Or is he apologising for all the mistakes he made in his 22 years as Prime Minister?

For an apology to be sincere it has to be specific. And the apology must be made to the aggrieved party or parties. This type of apology can be denied later since it lacks detail. Or it can shift to cover what needs to be covered as the need arises. Anyway, it sounds more like Mahathir is offering an excuse for his mistakes by saying it is normal for humans to make mistakes — so that means he cannot be blamed for merely being human.

Mahathir’s free speech versus Najib’s free speech


Salleh Said Keruak

Tun Dr Mahathir Mohamad’s latest promise to bring back freedom of speech if the opposition forms the next government is unbelievable. How can Mahathir even think he could get away with such a statement when there is more freedom of speech now during the time of Prime Minister Najib Tun Razak than back in the 1980s when Mahathir was Prime Minister?

Mahathir has called Najib all sorts of nasty names such as thief, pirate, kleptocrat, and so on, a crime of criminal defamation under the law that criminalises slandering and defaming a public servant or officer, elected ones included. In fact, Mahathir could even face prosecution under the Sedition Act.

But Najib did not take action. Najib allowed Mahathir to continue to slander him. And every day Mahathir continues to hurl insults at Najib without any recourse. Mahathir would not have tolerated 10% of what he is doing to Najib. There is no greater proof than this that Najib is the real propagator of free speech. If not Mahathir would not be able to do and say all the things he is doing and saying today.

Wednesday, December 27, 2017

TAHUN 2017: BAGAIMANA PENTUMBUHAN EKONOMI KITA?


Salleh Said Keruak

1. Samuel P. Huntington dalam bukunya Political Order in Changing Societies menyatakan satu cara untuk menilai pembangunan politik sesebuah negara ialah dengan melihat kepada pertumbuhan ekonominya.  Indeks pengukuran yang beliau gunakan ialah pendapatan per kapita dan kadar kemiskinan.

2. Bagaimana dengan negara kita?  Satu yang pasti ialah pencapaian kita berbeza dari persepsi sesetengah pihak yang menganggap kita tertinggal di belakang.  Ini kerana data yang ada menunjukkan kita telah mencapai tahap pertumbuhan ekonomi yang cukup baik berbanding dengan negara-negara jiran.

3. Mengikut CIA World Factbook bagi tahun 2017, GDP per kapita Malaysia adalah ($27,200), jauh lebih baik dari negara serantau kita yang lain seperti Thailand ($16,800), Indonesia ($11,700), Filipina ($7,700), Vietnam ($6,400), Myanmar ($6,000), dan Laos ($5,700).

4. Dari segi nilai kemiskinan pula, World Factbook 2017 melaporkan kadar kemiskinan di Malaysia adalah yang paling rendah berbanding dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain.  Nilai kemiskinan negara kita hanyalah 3.8% sahaja, berbanding dengan Vietnam dan Indonesia (11.3%), Thailand 12.6%, Laos (22%), Filipina (25.2%), dan Myanmar (32.7%).  Jika dibandingkan dengan negara yang mempunyai nilai kemiskinan paling tinggi Syria (82.5%), Madagascar (75.3%), Zimbabwe (72.3%), maka saya rasa bersyukur dengan kejayaan negara kita menjaga kesejahteraan hidup rakyat.

5. Dengan usaha kerajaan untuk menjadikan kita negara berpendapatan tinggi, saya yakin Tahun 2018 menjanjikan kehidupan rakyat yang lebih baik.

Friday, December 22, 2017

PERLUNYA STRATEGI LAUTAN BIRU DALAM POLITIK


Salleh Said Keruak

1. Pada tahun 2005, Prof. W. Chan Kim dan Renee Mauborgne dalam karya mereka “Blue Ocean Strategy” memperkenalkan Strategi Lautan Biru.  Strategi ini berbeza dengan Strategi Lautan Merah. Strategi Lautan Merah merujuk kepada suasana persaingan dalam perniagaan, manakala Strategi Lautan Biru pula merujuk kepada penciptaan ruang pasaran yang tidak ada persaingan dalam perniagaan.

2. Dalam politik juga begitu.  Strategi Lautan Merah merah sinonim dengan darah, mati, luka, dan dendam dengan pesaing.  Oleh itu, pendekatan ini perlu dielakkan.  Strategi Lautan Biru pula sinonim dengan memberi tumpuan kepada isu sebenar dalam politik, dan mengutamakan strategi dan perancangan dalam mengambil keputusan politik.

3. Dalam Lautan Biru, sokongan politik adalah dicipta, bukannya dipaksa.  Mencipta sokongan inilah yang memerlukan kepakaran, pemikiran dan perancangan. Oleh sebab itulah, literatur telah menunjukkan tokoh politik seperti Barrack Obama, Justin Trudeau dan Emmanuel Macron menggunakan pendekatan Lautan Biru dalam kempen mereka.  Kempen mereka menggunakan maklumat digital, berita mereka tepat dan cepat, tawaran produk politik mereka menarik, komunikasi dengan rakyat disampaikan dengan mudah dan bertenaga, manifesto mereka mudah difahami dan jelas.  Seperti kata Albert Einstein: ”Everything should be made as simple as possible, but not simpler.”

4. Ke depannya, politik kita perlu mengadaptasikan Strategi Lautan Biru ini.  Kita perlu bersedia dengan politik digital, dan big data untuk mengurus maklumat pilihan raya.  Melakukan hal ini bukan mudah, dan oleh itu, kita perlu meningkatkan pendidikan politik rakyat sesuai dengan perkembangan ilmu dan teknologi masa kini.  Sesungguh Strategi Lautan Biru bukan sahaja untuk aktiviti perniagaan.

Thursday, December 21, 2017

ADAM50 HADIAH UNTUK GENERASI 50


Salleh Said Keruak

1. Pengumuman kerajaan dalam Bajet 2018 tentang Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) cukup menarik.  Apabila saya berjumpa dengan anak muda, mereka bertanya tentang hal ini.  Bagaimana mahu memohon, bila boleh memohon, dan apa syaratnya?  Untuk jawapan kepada pertanyaan tersebut, layari laman berikut: www.asnb.com.my/v3_/asnbv2_5faq.php#adam50.

2. Bukan hanya anak muda yang teruja dengan ADAM50, ibu bapa muda dan rakyat seluruhnya juga gembira dengan skim ini.  Bayangkan mulai 1 Januari 2018 ini sehingga tahun 2022, kerajaan akan memberikan dana tabungan permulaan sebanyak RM200 melalui unit ASB (bagi Bumiputera) dan AS1M (bagi bukan Bumiputera).

3. Dana ini adalah pertama dalam sejarah Malaysia.  Tujuannya adalah adalah untuk menggalakkan anak menabung dan sebagai hadiah kepada generasi TN50.  Oleh sebab itulah, tabungan dalam dana ini hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai usia 18 tahun.  Dengan adanya dana ini, anak yang lahir boleh terus mendapatkan RM200 asalkan didaftarkan dalam tempoh setahun daripada tarikh kelahiran bayi.  Dahulu untuk membuka ASB atau AS1M ini, seseorang bayi perlu sekurang-kurangnya berumur enam bulan.

4. Untuk menjayakan skim ini memerlukan perbelanjan yang besar. Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata anggaran kos keseluruhan ADAM50 selama lima tahun ini adalah RM560 juta dan akan memanfaatkan 2.8 juta bayi Malaysia.  Biarpun kos tinggi, kerajaan melakukannya untuk kesejahteraan rakyat.  Sesungguhnya ADAM50 adalah durian runtuh untuk generasi 2050.

Mahathir’s misplaced attack on Murad


Salleh Said Keruak

Yesterday, Tun Dr Mahathir Mohamad attacked Abdul Murad Khalid and said he should also be held accountable for the RM31.5 billion Bank Negara forex losses. Mahathir should not be angry with Murad. Instead he should be angry with Lim Kit Siang.

Murad merely testified in the RCI hearing the real amount of forex losses, which he revealed was RM31.5 billion and not RM5.7 billion. It was Kit Siang, however, who for 20 years has been asking for the RCI on Bank Negara’s forex losses.

Now that Mahathir needs Kit Siang as his political ally, while Kit Siang needs Mahathir for the Malay votes, both have done a U-turn regarding the forex scandal.

The level of hypocrisy demonstrated by Mahathir and Kit Siang shows that they regard political expediency more important than getting to the truth. Was it not Kit Siang who demanded the truth and Mahathir who said he only seeks the truth?

Tuesday, December 19, 2017

TVET MEMPERKASAKAN RAKYAT, MEMAJUKAN NEGARA


Salleh Said Keruak

1. Semasa membentangkan Bajet 2018, PM mengumumkan peruntukan RM4.9 bilion untuk melaksanakan Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).  Kata PM, peruntukan ini adalah untuk memperkasakan TVET, menyediakan modal insan yang berkemahiran tinggi, dan menyiapkan belia bagi pasaran buruh sesuai dengan Revolusi Industri 4.0 .

2. Pandangan PM ini betul dan tepat.  Di negara maju, mereka mempunyai bilangan pelajar aliran vokasional dan teknikal yang tinggi.  Jerman misalnya, mempunyai 81% tenaga kerja mahir dan daripada jumlah itu, 63% adalah lulusan daripada sistem kolej vokasional, dan hanya 18 peratus lulusan universiti.  Akibatnya, Jerman muncul sebagai negara kaya dan maju kerana sistem TVET ini menjadikan pekerjanya berkemahiran tinggi.

3. Di negara kita sendiri, bagi menjayakan projek-projek berimpak tinggi seperti MRT, ECRL dan High Speed Rail, kita amat memerlukan pekerja mahir tempatan.  PM sendiri menyatakan transformasi ini penting untuk menyediakan kira-kira 1.5 juta peluang pekerjaan yang memerlukan kelayakan TVET bagi memenuhi keperluan industri negara.

4. Bagi memperkasakan rakyat supaya mempunyai pendapatan tinggi, kerajaan telah menggariskan lima lonjakan transformasi TVET. Pertama, melatih dan meningkatkan tenaga mahir tempatan supaya berdaya saing hingga ke peringkat global. Kedua, memperkukuhkan lagi kerjasama strategik antara TVET awam serta pihak industri.  Ketiga, melahirkan ramai lulusan dalam bidang TVET.  Keempat, melaksanakan geran padanan di mana kerajaan telah memperuntukkan RM4.9 bilion dalam Bajet 2018 bagi tujuan ini.  Kelima, menjenamakan semula institusi TVET menjadi ‘TVET Malaysia’ untuk menarik rakyat menerima TVET sebagai pendidikan pilihan dan kerjaya masa depan yang lumayan.

5. Inisiatif yang dibawa oleh kerajaan BN di bawah pimpinan DS Najib dalam bidang TVET ini jelas mampu memperkasakan rakyat dan membawa Malaysia maju ke hadapan.  Jadi, marilah kita semua bersatu hati menjulang TVET Malaysia sehingga ke puncak kejayaan bagi merealisasikan aspirasi TN50 yang ingin melihat Malaysia terus maju dan makmur.

Monday, December 18, 2017

The still unsettled Pakatan


Salleh Said Keruak

Today, Pakatan Harapan said next month it hopes to announce its candidate for Prime Minister but it may have to be a temporary PM. After all this while Pakatan is still grappling with the problem of who to name as Prime Minister.

The confusion becomes worse when Dr Mahathir announced earlier this year he is the top dog of Pakatan. Then DAP leaders on the other hand make all the policy announcements on behalf of Pakatan. Then Anwar Ibrahim’s name keeps popping up as the candidate for PM but someone else will be temporary PM since he is in jail.

Never before has a coalition been so confused about who to put forward as its Shadow Prime Minister. By now they should have a full Shadow Cabinet. But Pakatan still cannot do a simple thing like this.

Friday, December 15, 2017

REVOLUSI INDUSTRI KEEMPAT: SUDAH BERSEDIAKAH KITA?


Salleh Said Keruak

1. Dunia sekarang sudah berada di tahap revolusi industri yang keempat.  Revolusi ini menyaksikan Internet of Things (IoT) dalam hampir semua aspek kehidupan seharian.  Revolusi 4.0 ini berbeza dari revolusi industri pertama yang tertumpu pada penggunaan mesin berkuasa wap, kedua pada elektrik, dan ketiga pada penggunaan teknologi maklumat (IT).

2. Apa hebatnya Industri 4.0 ini? Industri ini hebat kerana ia menggantikan banyak kerja dalam revolusi pertama, kedua dan ketiga dengan proses automasi hasil bantuan perisian.  Industri ini juga hebat kerana ia meningkatkan kecekapan pengurusan dan sistem penyampaian kerana semua urusan dijalankan secara digital.  PricewaterhouseCoopers' dalam tinjauannya terhadap 20,000 syarikat di 29 negara menyatakan dengan Industri 4.0 ini, syarikat boleh meningkatkan pendapatannya sebanyak 4.3% dan mengurangkan kos sebanyak 3.4% setahun.

3. Apa kesannya kepada masyarakat dengan Industri 4.0 ini?  Kesannya banyak.  Dari segi media misalnya, Industri 4.0 akan membawa perubahan besar kepada media tradisional apabila manusia hanya menggunakan telefon pintar dan komputer untuk membaca berita, bukan lagi surat akhbar.  Persaingan media bukan lagi sesama sendiri, tetapi terpaksa bersaing dengan media sosial yang lebih dapat menarik perhatian pembaca.

4. Dari segi pendidikan, Revolusi Industri 4.0 akan menyaksikan penggunaan komputer riba akan lebih menyeluruh di sekolah-sekolah. Teknologi hologram, media sosial dan kecerdasan buatan juga akan menjadi aspek utama sebagai alat bantuan mengajar.  Mungkin di masa hadapan, pelajar boleh belajar di rumah sahaja kerana kuliah disampaikan dalam bentuk video.

5. Jika inilah yang berlaku, sudah bersediakah kita?  PM Najib telah menjawab pertanyaan ini.  Katanya, mahu tidak mahu kita perlu bersedia kerana Industri 4.0 inilah yang akan membawa kita untuk menjayakan wawasan TN50.  Hadapilah cabaran ini untuk terus memajukan negara kita.

Tuesday, December 5, 2017

Umno dan Kemasukan Bukan Melayu


Salleh Said Keruak

Bagi memahami perjuangan Umno, terlebih dahulu perlu memahami perjuangan kemerdekaan. Tidak seperti di kebanyakan negara-negara Asia yang lain, perjuangan kemerdekaan di Malaysia dilancarkan  secara aman tanpa sebarang pertumpahan darah yang mengambil masa 11 tahun proses perundingan dari tahun 1946 hingga 1957, dan Umno memastikan supaya rundingan bukan sahaja membabitkan kaum Melayu tetapi juga memasukkan kaum Cina, India dan etnik lain.

Bagi mencapai  apa yang dianggap sebagai satu susunan yang memberi faedah bersama, ia pertamanya memerlukan kesepakatan orang Melayu, dan begitulah kisahnya bagaimana Umno ditubuhkan yang pada mulanya merupakan satu gabungan pelbagai persatuan, pertubuhan dan pergerakan  di seluruh negara, dan apabila Umno diwujudkan, pemimpinnya duduk berunding dengan pemimpin Cina, India dan kaum etnik lain untuk membentuk satu gabungan yang dikenali sebagai Perikatan atau Parti Perikatan.

Gabungan inilah yang berunding dengan Inggeris untuk mendapatkan kemerdekaan, dan sebahagian daripada intipati perjanjian kemerdekaan itu, antara lain, menyentuh isu kewarganegaraan untuk penduduk bukan Melayu yang sekaligus menyaksikan peratusan majoriti Melayu berkurangan ke sekitar 50 peratus daripada penduduk keseluruhan negara ini. Ia merupakan satu pengorbanan besar atau pengorbanan yang wajar dilakukan oleh bangsa Melayu bagi menunjukkan kepada kaum bukan Melayu bahawa mereka adalah rakan setara dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

Itulah asas penubuhan Umno, Perikatan dan tanah Melayu yang merdeka. Ia berlandaskan susunan yang memberi faedah bersama, dan dalam memberikan bukan Melayu peluang bersuara yang sama dan mengetahui bagai mana kemerdekaan diperolehi. Inilah asas penubuhan Barisan Nasional hingga ke hari ini, dan hanya Umno dan Barisan Nasional yang boleh meniup semangat kesamarataan manakala yang lain hanya pandai bercakap tetapi tidak dapat melaksanakan. Untuk Umno kekal  selama 71 tahun dan Perikatan selama 65 tahun,  sekarang dipanggil Barisan Nasional, memperlihatkan terlalu sedikit perkongsian di mana-mana di dunia ini yang boleh meniru pencapaian tersebut. Inilah yang menjadikan Malaysia yang kita lihat pada hari ini.

Umno and the inclusion of the non-Malays


Salleh Said Keruak

To understand the ‘perjuangan Umno’ you first need to understand the struggle for Merdeka. Unlike in many other Asian countries, Malaysia’s struggle for Merdeka was a peaceful and bloodless affair that took 11 years of negotiations from 1946 to 1957. And Umno made sure that the negotiations did not just involve the Malays but included the Chinese, Indians and other ethnicities as well.

To come to what can be considered a mutually-beneficial arrangement, it first of all involved the Malays coming together. And that was how Umno was formed, which was an alliance of scores of smaller associations, societies and movements from all over the country. Then, once Umno had been formed, it had to sit down with the Chinese, Indians and the other ethnicities to come to an alliance, which was aptly called ‘The Alliance’ or ‘Alliance Party’.

It was this Alliance that negotiated with the British for Merdeka and part of the Merdeka Agreement involved, amongst others, citizenship for the non-Malays, which brought the Malay majority down to about 50% of the population. It was a great sacrifice the Malays made but a necessary sacrifice to demonstrate to the non-Malays that they were equal partners in the struggle for Merdeka.

That was the foundation for the formation of Umno, the Alliance and an independent Malaya. It was based on a mutually-beneficial arrangement and in giving the non-Malays equal say in how Merdeka was to be achieved. And that has remained the foundation of Barisan Nasional until today. And only Umno and Barisan Nasional can offer this spirit of equality that all others just talk about but cannot deliver. For Umno to survive for 71 years and the Alliance for 65 years, now called Barisan Nasional, is something very few partnerships anywhere else in the world can emulate. And this is what has made Malaysia into what it is today.

Friday, December 1, 2017

The ‘sleeping tiger’ awakens


Salleh Said Keruak
Beijing

China is said to be one of the oldest civilisations in the world after India. However, for most of its history, China practiced a closed-door policy.

It was not until almost three decades ago that China realised the world was moving towards a borderless world and that China has to become part of the global economy or get left behind.

It took only two decades for China to become the sleeping tiger that woke up. China not only made up for lost time but is now a leading economy.  It is rapidly emerging that if China sneezes the rest of Asia will catch a cold.

Malaysia’s policy of being friends with all nations for the last four decades with the late Tun Razak’s historic establishing of friendly relationship with China has today proven wise.

Malaysia, although a small nation, can prove to be a valuable trading partner of China. Malaysia, too, can benefit immensely from its trade relations with China.