Translate

Tuesday, October 31, 2017

BERBANGGALAH DENGAN PENCAPAIAN NEGARA SENDIRI


Salleh Said Keruak

1. Selepas PM membentangkan Bajet 2018, ada pihak yang mendakwa bajet kita gagal atas alasan nilai ringgit rendah, kos sara hidup tinggi, dan rasuah berleluasa.  Inilah yang diulang-ulang oleh mereka untuk menunjukkan kerajaan kita tidak kompeten, biarpun realitinya kerajaan telah membentangkan bajet terbaik dan paling komprehensif dalam sejarah negara.

2. Pertanyaannya, gagal apa jika rakyat masih sejahtera, dan negara masih aman.  Negara kita tidaklah negara berperang seperti Syria, Congo, dan Eritrea atau tidaklah kebulur seperti negara Mozambique dan Somalia.  Dalam Indeks Keamanan Global 2017, negara kita berada di tangga 29 daripada 159 negara, lebih aman dari Korea Selatan, Perancis, Indonesia dan Amerika Syarikat.

3. Gagal apa jika lima universiti kita adalah antara ‘300 terbaik dunia’, pasport kita adalah kelima terkuat di dunia, dan passport kita mempunyai akses bebas-visa ke 155 negara di dunia. Sistem pengangkutan awam kita pula adalah ke 11 daripada 138 terbaik di dunia.

4. Gagal apa jika dari segi pelaburan, dalam tempoh tujuh bulan sahaja dari November 2016 sehingga Mei 2017, pelaburan asing yang dibawa masuk oleh PM telah mencecah RM366 bilion. Ekonomi negara pula berkembang 5.6 peratus pada suku pertama 2017 berbanding 4.2 peratus bagi tempoh sama pada tahun 2016.  Nilai perdagangan Malaysia antara Januari dan Julai tahun ini pula mencapai RM1.008 trilion, meningkat sebanyak 22.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

5. PM Najib sendiri akui kerajaan bukan sempurna, tetapi kita bukan sebagai sebuah negara gagal.  Negara gagal cuma label yang diberikan oleh mereka untuk memburukkan kerajaan. Berbanggalah dengan pencapaian negara sendiri.

Monday, October 30, 2017

Mahathir’s criticism of Budget 2018


Salleh Said Keruak

Tun Dr Mahathir Mohamad’s views on Budget 2018 lacks coherence and consistency. This is what happens when someone talks for the sake of talking but does not really have anything to say. Mahathir grumbles that Prime Minister Najib Tun Razak’s budget is merely meant to please the rakyat and make them happy. But then is this not what a government must do; make the people happy? How long would a government that makes the people unhappy last?

Mahathir said he does not know how the government is going to pay for the cost of running the country if all the government does is hand out benefits to the people. But then is this not what the opposition is grumbling about: that the government does not look after the financial needs of the people and that the people are suffering under the Barisan Nasional government? Then when the government takes care of the financial needs of the people in Budget 2018 Mahathir says he does not know where the money is going to come from and complains that the government will have to borrow more money.

Is it not Pakatan Harapan that said it wants to abolish all toll charges throughout Malaysia and abolish the GST as well as many other forms of taxes? If this is done how will the government pay for development? Then they say they can make back the money by reducing leakages and eliminating corruption? How much are the so-called leakages and corruption? How did they come to the figure when they do not even know the details? Saying that the government will reduce taxes and then recover the lost taxes through savings is utter nonsense.

Sunday, October 29, 2017

More money in the people’s pockets


Salleh Said Keruak

In Budget 2018 the tax rate for middle-income people with taxable income of between RM20,000 and RM70,000 would be lowered by 2%. This would generate an additional disposable income of RM1.5 billion and this extra money would be contributing back to the economy via consumption. At the end of the day, businesses would make more money as well.

This measure results in RM300 to RM1000 additional disposable income those in this income bracket.

Prime Minister Najib Tun Razak’s focus is on how to help the needy while at the same time balance the accounts so that the country can still earn enough to fuel development. Populist policies such as removing all taxes and offering everything free to the people is not only not realistic but not sustainable as well. We need a balance between inflow and outflow and not cut inflow and increase outflow.

The Prime Minister knows that budgets must take into consideration many factors. Just to gain support and become popular while jeopardising the future of the country is very irresponsible. Plans must take into account both short-term and long-term needs. And that is what Budget 2018 is all about.

Friday, October 27, 2017

BAJET 2018 BUKTI KERAJAAN DENGAR SUARA RAKYAT


Salleh Said Keruak

1. Bajet 2018 memperuntukkan RM280.25 bilion, iaitu pertambahan peruntukan sebanyak RM19.45 bilion berbanding dengan RM260.8 bilion pada Bajet 2017.  Daripada jumlah ini, RM234.25 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus, RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, tidak termasuk simpanan luar jangka 2 bilion.

2. Satu yang menarik tentang bajet ini ialah ia cukup komprehensif dan inklusif melibatkan semua golongan masyarakat.  Ini membuktikan kerajaan mendengar suara rakyat dan memahami aspirasi rakyat.  Bajet ini realistik (prudent), bukannya populis seperti bajet olok-olok yang dibentangkan oleh PH.

3. Saya menilai bajet ini bukan sahaja menggembirakan rakyat, tetapi mampu menjana ekonomi negara.  PM sendiri menyatakan ini adalah ‘ibu segala bajet’ dan bajet terbaik yang pernah beliau bentangkan. Bajetnya pemurah menepati sasaran, berhemat tetapi tidak bakhil.

Alternatif yang tidak realistik


Salleh Said Keruak

Baru-baru ini Pakatan Harapan telah mengeluarkan 'Bajet Alternatif' untuk mendahului Bajet 2018 negara yang akan dibentang hari ini. Bajet Alternatif ini tidak realistik dan mengabaikan ekonomik asas dan prinsip perakaunan.

Peraturan asas perakaunan ialah pendapatan anda mesti sepadan atau melebihi perbelanjaan. Anda tidak boleh mengurangkan pendapatan anda sambil meningkatkan perbelanjaan dan mendapat keuntungan pada masa yang sama. Anda tidak boleh berbelanja lebih daripada apa yang anda perolehi. Negara-negara di Eropah termasuk UK sendiri menghadapi defisit yang besar kerana bajet mereka seperti apa yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan. Adakah mereka tidak belajar apa-apa dari Eropah?

Realitinya ialah 'Bajet Alternatif' merupakan 'wishful thinking' kerana Pakatan tahu mereka tidak perlu menunaikannya kecuali mereka dapat berkuasa. Pakatan hanya mempermainkan harapan dan impian orang dan buktinya ialah bajet yang tidak praktikal ini.

Sebagai parti-parti yang menawarkan diri sebagai kerajaan alternatif, ia amat mengecewakan untuk melihat politik yang tidak bertanggunjawab ini.
Pakatan sepatutnya berhenti permainan sedemikian dan kembali ke realiti.

An Unrealistic Alternative


Salleh Said Keruak

Recently Pakatan Harapan had publicised their ‘Alternative Budget’ early to perhaps steal the storm from the official Budget 2018 announcement today. However, the ‘Alternative Budget’ is unrealistic, ignoring fundamental economics and accounting principles.

The basic rule of accounting is your income must match or exceed the expenditure. You cannot cut the income and at the same time increase the expenditure and still remain profitable. You cannot spend more than what you get. Countries in Europe and even the UK itself are facing a huge deficit because their budgets did precisely what Pakatan Harapan is proposing. Have they not learned anything from the European experience?

The reality is that the ‘Alternative Budget’ is wishful thinking because Pakatan know they will never need to deliver it, except if they come to power. Pakatan is playing around with the hopes and dreams of people, and this impractical budget is further proof of that.

For a group of parties offering itself as the alternative, it is disappointing to see such irresponsible politics. Pakatan should stop playing games and come down to reality.

Wednesday, October 25, 2017

JANGAN HINA NEGARA DENGAN DARUL PENYANGAK


Salleh Said Keruak

1. Dalam tulisan di blognya, Tun Mahathir menamakan Malaysia negara Darul Penyangak.  Alasannya kerana Malaysia diperintah oleh pemimpin yang mencuri duit rakyat melalui projek 1MDB dan juga pelaksanaan cukai GST.

2. Amat tidak wajar Tun Mahathir menggelarkan Malaysia dengan nama seperti itu.  Sebagai bekas PM, gelaran ini tidak patriotik dan di luar dari batas kewarasan berpolitik.  Jikapun marah dengan kerajaan hari ini, Mahathir tidak sepatutnya menghina negara sendiri.  Negara ini adalah negara kita bersama. Baik atau buruknya, maju atau mundurnya negara ini, kita perlu bersama mempertahankannya, bukan menghinanya.

3. Sebenarnya Mahathir mengulang hal 1MDB dan GST ini dalam setiap tulisan dan ucapannya semata-mata supaya rakyat membenci PM Najib dan Najib jatuh.  Strategi Mahathir ini adalah seperti menyerang ular, iaitu ketuk kepala ular berulang kali supaya akhirnya ular menjadi lemah dan lumpuh.  Itu sahaja yang Mahathir mahu, iaitu menjatuhkan Najib.  Inilah politik dendam yang tidak baik.

4.  Sebenarnya, PM Najib telah menjelaskan satu persatu dengan fakta mengenai IMDB dan juga menerangkan mengenai rasional pelaksanaan GST.  Mahathir pasti tidak mendengar dan menerima sebarang penjelasan kerana matlamat beliau adalah untuk menjatuhkan PM Najib atas sebab dendam politik, bukannya demi negara.

5. Sebagai bekas PM, Mahathir perlu ingat, menggelarkan Malaysia sebagai Darul Penyangak adalah menghina negara sendiri.

Tuesday, October 17, 2017

PERLUNYA SIKAP TOLAK ANSUR DAN MODERAT: TOLAK EKSTREMISME 


Salleh Said Keruak

1. Ekstremisme adalah sikap melampau yang tidak mengakui pendapat orang lain, menolak tolak ansur, kasar dalam tutur kata, keras dalam penyampaian dakwah, dan mengkufurkan orang lain yang tidak menerima fikiran mereka.

2. Sikap ekstremis begini bukannya Islamik kerana Islam adalah agama yang tidak menyusahkan umatnya, toleran dan moderat.  Namun demikian, ada saja kelompok yang melampau dalam tindakan mereka.

3. Fenomena ini membahayakan kerana memberi peluang kepada musuh-musuh Islam memfitnahkan agama Allah ini sebagai agama teroris. Kumpulan ini tidak minat terlibat dalam politik.  Bagi mereka, politik adalah karut.  Yang penting bagi mereka ialah bangunkan negara Islam mengikut acuan mereka.

4. Oleh itu, kumpulan ekstremis ini perlu kita awasi.  Untuk berjaya mengawasinya, kita perlukan sokongan dan kerjasama rakyat.  Hingga setakat ini kita berjaya.  John Dauth dalam tulisannya di The Telegraph menyatakan Malaysia adalah model negara berjaya dalam menguruskan ancaman kumpulan ini.  Kejayaan ini adalah disebabkan oleh tiga faktor: keupayaan kerajaan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi negara, mewujudkan keharmonian dalam masyarakat, dan sikap rakyatnya yang moderat.

Monday, October 16, 2017

The lowest form of despicable politics


Salleh Said Keruak

In 2015, when they thought the MACC could be used to attack Prime Minister Najib Tun Razak, those opposed to the government would visit the MACC head office and would sing the praises of the MACC and worshiped the ground that the then MACC Chief Commissioner walked on.

Today, Tan Sri Dzulkifli Ahmad is being brutally attacked. If they can use you then you are a god-send and if they cannot use you then they will go to any length to discredit you, humiliate you, tarnish your image, and destroy your reputation with lies, slander and fabricated allegations of all sorts of imagined ‘crimes’.

I urge Tan Sri to remain steadfast and not succumb to such underhanded tactics and continue in your efforts to clean up the country. As a senior and high profile public servant, being subjected to attacks comes with the territory. The more you do your job the more you will suffer attacks. So just ignore them and continue doing your job.

Saturday, October 14, 2017

POLITIK BAHARU PERLU ADA ROH PERLEMBAGAAN


Salleh Said Keruak

1. Politik baharu adalah politik yang berpisah daripada kerangka perkauman.  Politik baharu ini juga adalah politik yang mengutamakan isu-isu sejagat sesuai dengan arus globalisasi.  Politik baharu ini berkembang pesat kerana terobosan internet dan mendapat utama tempat di hati anak muda.

2. Ramai merasakan politik baharu disukai, namun bagi anak muda yang celik politik, mereka menimbulkan satu pertanyaan: mana roh kenegaraan dalam politik baharu?

3. Kata mereka, jika mengutamakan hanya aspek globalisasi dan isu-isu sejagat sahaja, bagaimana pula dengan asas-asas pembentukan negara ?Apa gunanya politik baharu jika asas pembentukan negara ini dianaktirikan?

4. Pertanyaan anak muda seperti di atas ada relevannya.  Namun, dalam dunia globalisasi ini, kita harus menerima politik baharu untuk menjadikan kita mampu bersaing dengan dunia semasa.  Menolak politik baharu adalah satu langkah ke belakang, tetapi dalam menerima kemunculan politik baharu tersebut, asas perlembagaan jangan ditinggalkan.  Biarlah politik baharu dan roh perlembagaan negara berjalan seiring untuk kita membina sebuah negara bangsa yang maju dan makmur dengan rakyatnya yang bersatu.

Thursday, October 12, 2017

Consumers vote with their feet


Salleh Said Keruak

There is a saying: consumers vote with their feet. In other words, if they are not getting a good deal they just walk away. Consumers should never allow themselves to becomes victims of blackmail and be put in a situation where they are compelled to buy from or patronise an establishment because they feel they are powerless and have no choice in the matter.

Consumer associations should be more active in this matter and should launch public campaigns to advise consumers on what they should do to ensure they always get the best deal. There should also be more laws passed concerning consumer protection such as in Europe where they have a 30-day return policy if you are not happy with what you bought or you found you can buy the same thing elsewhere much cheaper.

It is time consumers be empowered and not be victims of unfair trade practices. Consumers must not only know their rights but must be very cautious and selective before buying. The saying ‘let the buyer beware’ holds true here and the government cannot always solve problems through legislation if buyers themselves are careless and do not choose carefully before buying.

CURB ON FAKE NEWS TO SAFEGUARD DIVERSITY AND HARMONY OF MALAYSIA



SALLEH SAID KERUAK

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has taken action against 3,047 fake accounts on various social media platforms identified between January and September this year.

Almost 80% of 3,047 fake accounts have been deleted by social media platforms such as Facebook and Twitter for violating the terms and conditions set by the respective providers.

Even Internet giants like Facebook, Twitter, and Google China’s Baidu Inc. are cooperating with Government as they are constantly pressured to improve on their algorithms by using a combination of technology and content authorization to minimize fake news.

All Malaysians are responsible to help defend Malaysia from fake news/accounts which have bad intent, defamatory or seditious in nature. Respect in our diversity and harmony must be strengthened as a Malaysian way of life.

It is time we make full use of initiatives like sebenarnya.my portal and make it a habit to check the authenticity of the news first before sharing it with others.

Let us remind ourselves if we come across suspected fake accounts or fake news or information, we should use the ‘report’ facility provided by the relevant social media concerned, so that the action can be taken as soon as practicable. We can also report to the MCMC of such acts.

Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998 (CMA 98) makes it an offence “to make or create content that is obscene, indecent, false, menacing or offensive in nature.”

Tuesday, October 10, 2017

FEDERALISME MALAYSIA: KERAJAAN PERSEKUTUAN ATAU KERAJAAN PUSAT?


Salleh Said Keruak

1. Malaysia adalah sebuah negara persekutuan (federal).  Ciri utama negara persekutuan ialah pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri seperti yang ditetapkan oleh perlembagaan.

2. Negara kesatuan pula adalah negara yang diselenggarakan oleh satu kesatuan tunggal, iaitu kerajaan yang mempunyai kuasa tertinggi.  Wilayah-wilayahnya hanya menjalankan kekuasaan seperti yang dibenarkan oleh kerajaan pusat sahaja.  Ini bermakna kerajaan pusat berkuasa untuk meluaskan, menyempitkan atau menghapuskan kuasa kerajaan wilayah.

3. Penjelasan ini merumuskan satu perkara: Kerajaan pusat ini hanya sesuai dipanggil untuk negara kesatuan sahaja.  Bagi negara persekutuan, panggilannya yang betul ialah kerajaan persekutuan kerana ia menjadi kerajaan kepada semua wilayah dalam persekutuan, bukannya memiliki semua kuasa seperti mana dalam sistem kesatuan.  Dalam sistem persekutuan, terdapat bidang-bidang tertentu yang kuasanya berada di tangan wilayah (negeri).

4. Oleh sebab itulah, dalam konteks Malaysia, jika ada pihak yang mendakwa kerajaan pusat mengawal kuasa negeri, itu adalah dakwaan yang tidak betul.  Ciri utama negara persekutuan ini ialah demokrasi dan ‘unity in diversity’, bukannya seperti sistem kesatuan yang mana semua sumber kuasanya adalah terletak di tangan kerajaan pusat.

5. Akhirnya, dalam sistem persekutuan, tidak tepat kita memanggil kerajaan Malaysia sebagai kerajaan pusat, sebaliknya yang tepat ialah kerajaan Persekutuan. Ini kerana kerajaan Malaysia adalah milik semua rakyat dalam negara Persekutuan Malaysia.

Kit Siang camouflaging his true ambitions


Salleh Said Keruak

In spite of all his denials, Lim Kit Siang cannot hide the fact that he is the de facto DAP leader and that DAP, with the largest number of seats, calls the shots in Pakatan Harapan. That means he gets to decide who becomes the Prime Minister if Pakatan Harapan wins GE14 and being the de facto leader of the party with the largest number of seats the natural choice for Prime Minister would be Kit Siang himself.

Kit Siang has very cleverly outmanoeuvred Anwar Ibrahim from the top post and is successfully using Tun Dr Mahathir Mohamad to camouflage his political intentions. That is why Mahathir is very sensitive about the matter, and every time somebody talks about Kit Siang becoming Prime Minister, he will be the first person to come forward to refute the allegation and defend Kit Siang.

When Pakatan Rakyat was closed down it was Kit Siang who made that sole decision and it was Kit Siang who decided to end the relationship with PAS even though PKR did not want to. Pakatan’s history is full of examples where Kit Siang and not Pakatan decides what happens. This is going to be repeated in the case of who becomes Prime Minister if Pakatan wins the general election. Pakatan’s track record speaks for itself.

Sunday, October 8, 2017

RAMAI YANG BELUM MENDAFTAR: KENAPA ANAK MUDA PASIF POLITIK?


Salleh Said Keruak

1. Saya sedih apabila statistik SPR mengesahkan lebih 4 juta rakyat Malaysia belum mendaftar diri sebagai pengundi dan majoritinya adalah golongan muda berusia 21 tahun.

2. Terfikir saya ruginya jika anak muda pasif politik. Jika tidak minat politik adalah faktornya, persepsi ini perlu segera diperbetulkan.  Anak muda tidak boleh seperti ini kerana merekalah yang menciptakan masa depan negara.  Masa masih ada dan anak muda perlu ditarik sekarang untuk mendaftar sebagai pengundi.

3. Survei Merdeka Centre mendapati anak muda pasif politik kerana faktor berikut: terlalu sibuk dengan kerja, muak dengan permainan politik golongan tua, merasakan mengundi tidak membawa apa-apa faedah, dan tidak percaya kepada ahli politik.

4. Kajian lain dari penyelidik UKM menambah lagi faktor di atas. Mengejutkan ialah anak muda merasakan kepentingan mereka diabaikan oleh ahli politik dan anak muda bercelaru dengan keadaan politik semasa.  Mereka tidak percaya dengan institusi politik negara.  Mereka bosan.

5. Pandangan di atas perlu diberi perhatian. Penjelasan harus diberi kpd anak-anak muda mengenai keraguan mereka.Parti politik perlu tampil berkempen bagi menarik golongan muda ini supaya aktif politik. Negara memerlukan anak muda untuk kejayaan masa depannya kerana jiwa muda adalah jiwa yang kuat, bertenaga, dan berwawasan.

Friday, October 6, 2017

DUNIA DIGITAL: KITA PERLU MAMPU BERSAING


Salleh Said Keruak

1. Hari ini kebergantungan kepada dunia digital luar biasa sekali. Sebelum tidur kita melihat maklumat di layar maya dan selepas bangun tidur, kita juga terus melihat maklumat di layar maya.  Itulah kebergantungan kita kepada teknologi digital.

2. Jikalah generasi hari ini ditanya tentang jenama terulung, tentunya ramai yang akan menjawab Google atau Facebook atau Yahoo.  Ini kerana generasi hari ini adalah ‘digital natives’ yang sangat bergantung kepada penggunaan internet dalam kehidupan seharian.

3. Hari ini, 50% daripada 7.5 bilion penduduk dunia mempunyai internet.  Daripada jumlah itu, 2.78 bilion (37%) adalah pengguna media sosial, 8.1 bilion bilion (108%) melanggan perkhidmatan mobil, dan 2.55 bilion (34%) adalah pengguna mobil sosial.  Ini membuktikan masyarakat dunia hari ini adalah masyarakat digital yang tidak dapat berenggang dengan internet atau smartphone.

4. Dunia digital ini mempunyai kebaikan yang banyak—membolehkan komunikasi dalam jarak yang jauh, meluaskan pengetahuan dan kefahaman mengenai dunia, memesan barangan, menghantar teks, dan mendapatkan maklumat dengan cepat dan pantas.

5. Malangnya tidak semua negara mempunyai kemudahan ini.  Negara-negara di benua Afrika seperti Chad, Togo, Ivory Coast, Mali, Rwanda, dan Burundi misalnya masih lagi jauh ketinggalan dalam teknologi ini.  Ini mewujudkan jurang digital dan kekayaan antara negara menjadi semakin jauh dan luas.

6. Di Malaysia, jurang digital ini juga wujud, khususnya penembusan internet di kawasan bandar dan luar bandar.  Inilah aspek yang kita sedang tangani.

7. Walaupun kita masih mempunyai jurang digital, namun penggunaan WhatsApp di negara kita adalah tertinggi di dunia.  Kadar penembusan internet kita juga tinggi iaitu 70%, jauh lebih tinggi dari purata penembusan internet Asia yang hanya 38.5%

8. Jelasnya, dunia digital ini telah merasuk kehidupan seharian kita sehingga telah menjadi “our second life”.  Dalam menggunakannya, kita perlu mampu bersaing dan menjadi “smart digital creators” yang dapat menciptakan “online business activites” bagi menghasilkan faedah kewangan.  Untuk ke depan, dunia digital ini akan menentukan arah tuju peradaban dunia.

Wednesday, October 4, 2017

TAKSUB POLITIK ITU MELETIHKAN DAN MEMBAHAYAKAN


Salleh Said Keruak

1. Taksub politik adalah satu kuman yang sangat bahaya kepada rakyat.  Ini kerana ketaksuban boleh membuatkan kita tidak beradab dan gagal menerima kenyataan politik.

2. Pada Mei 2013, setelah keputusan pilihan raya diumumkan, ada pihak yang tidak boleh menerima keputusan kerana ketaksuban politik tersebut.  Maka, pelbagai tohmahan tentang keadilan dan ketelusan pilihan raya diwar-warkan kepada penyokong masing-masing.

3. Begitu juga apabila mahkamah membuat keputusan perbicaraan yang melibatkan pemimpin politik.  Apabila keputusan tersebut tidak memihak kepadanya, akibat ketaksuban, ada pihak yang menuduh mahkamah dengan pelbagai gelaran.  Mereka yang sebegini adalah “the unthinking public.”

4. Ini kerana ketaksuban menyebabkan sesorang itu menerima bulat-bulat semua maklumat yang disampaikan oleh pemimpin mereka tanpa melihat fakta dan kebenarannya. Moral politik pada mereka tidak penting kerana mereka lebih percaya kepada tohmahan daripada menerima maklumat sahih daripada pihak berautoriti.

5. Akibat ketaksuban inilah ada pihak yang gagal memahami usaha-usaha baik kerajaan untuk mensejahterakan rakyat. Apa sahaja yang kerajaan buat, golongan yang taksub politik ini akan terus melompat dengan pelbagai fitnah tanpa takut dosa pahala.

6. Ketaksuban sebegini boleh menimbulkan huru-hara dan kebencian serta merosakkan perpaduan masyarakat. Fenomena sebegini amat menyedihkan dan menjadikan politik kita tidak matang.

7. Oleh itu, marilah kita meraikan perbezaan pendapat dalam politik secara sihat.  Kita perlu bezakan antara fatwa politik dengan fatwa agama. Yakinlah, ketaksuban politik itu meletihkan dan menjejas keharmonian masyarakat.

Monday, October 2, 2017

Why is Kit Siang getting too personal?


Salleh Said Keruak

FMT reported that Lim Kit Siang has mocked me and called me and another Umno leader from Sabah ‘two Umno stooges’. If standing up for your party and defending your party against lies, slander and attacks makes one a stooge then every politician in the world would be a stooge of his or her own party.

Has not DAP sacked members who did not toe the party line? When people support their party you call them stooges and when they do not toe the party line you call them traitors and sack them. Kit Siang needs to make up his mind as to how he expects party leaders to show loyalty. Would not all those DAP leaders who disagree with working with Tun Dr Mahathir Mohamad but keep quiet and do not dare oppose the move also be considered stooges?

Of late Kit Siang seems to delight in name-calling and uses all sorts of derogatory names to people who are not on the same page as him. Just two years ago he visited the MACC office and sang their praises and today he has upset them wth his ‘three monkeys’ analogy and asked its Commissioner, Dzulkifi Ahmad, and the senior officers of the MACC to take a course in the English language. So, when he thought he could use the MACC to hurt Umno the MACC is his friend and when they are no longer useful to DAP they are ‘the three monkeys’.

Sunday, October 1, 2017

DAP TIDAK CHAUVINIS: BOLEHKAH KITA TERIMA PANDANGAN INI?


Salleh Said Keruak

1. Dalam ucapannya di majlis pelancaran PH Johor di Tampoi, Tun Mahathir mengaku beliau adalah orangnya yang mencipta label DAP sebagai parti chauvinis, namun kini menyedari persepsinya terhadap DAP adalah salah.

2. Kata Mahathir, DAP adalah parti untuk semua kaum, malah ada orang Melayu dan India yang menjadi calon DAP dalam pilihan raya.  Selain itu, DAP juga menggunakan Bahasa Melayu dalam mesyuaratnya kerana jika bercakap dalam Bahasa Mandarin, ahli Melayu dan Indianya tidak faham.

3. Kata Mahathir lagi, lagu DAP juga adalah dalam Bahasa Melayu dan ini membuktikan DAP bukanlah parti chauvinis.  Ucapan Mahathir menimbulkan beberapa pertanyaan.

i. Jika sudah menyedari persepsinya tentang DAP adalah salah, kenapa tidak bubarkan sahaja PPBM dan sertai DAP bagi membentuk parti pelbagai kaum yang tidak chauvinis?

ii. Jika Mahathir mengakui tanggapannya terhadap DAP sebelum ini silap, maka apakah jaminannya yang tanggapannya tidak silap lagi kali ini?

iii. Apakah baru sekarang Mahathir sedar DAP juga mempunyai ahli Melayu dan India?

iv. Jika dahulu Mahathir tidak boleh menerima politik ‘Malaysian Malaysia’ DAP, adakah sekarang beliau telah menerima perjuangan DAP ?

v. Setelah menyedari persepsinya terhadap DAP selama ini salah, kenapa sahaja tidak minta maaf kepada Kit Siang dan DAP?  Lagi pun Kit Siang ada bersama dalam majlisnya di Tampoi tersebut.

4. Yang jelasnya, Mahathir sama sekali tidak menunjukkan kekesalannya tentang kesilapan persepsinya terhadap DAP sebelum ini.  Melihat kepada hal ini, bolehkah kita terima pandangan politik Mahathir hari ini?  Bagi saya, tentunya tidak.