Translate

Monday, July 31, 2017

TN50: MEMBINA WAJAH MALAYSIA BAHARU


Salleh Said Keruak

1. Pada Oktober 2016, semasa membentang Bajet 2017, PM Najib Razak mengumumkan Transformasi Nasional atau TN50 sebagai visi baharu negara.

2. Tujuannya supaya pada tahun 2050 negara kita menduduki antara 20 tangga teratas dunia dari segi pendapatan per kapita rakyat dan juga sebagai negara maju dengan identiti bangsa Malaysia.

3. Bagi mencapai hasrat tersebut, kerajaan telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai sektor masyarakat seperti pelajar, pensyarah, aktivis masyarakat, penjawat awam dan ahli korporat bagi menjana idea dan buah fikiran mereka.

4. Hasil perbincangan tersebut, negara kita akan berwajah baharu pada tahun 2050 dengan gambaran berikut: kehidupan rakyat yang baik, peluang pekerjaan yang mencukupi, pendapatan rakyat yang tinggi, kualiti hidup setaraf dengan negara maju, tiada lagi gelandangan, negara bebas rokok dan lainnya.

5. TN50 ini adalah hadiah pemimpin untuk generasi 2050. Jadi anak muda seharusnya mengambil peluang dari dasar kerajaan ini untuk mencorakkan wajah baharu Malaysia dari sekarang.

6. Bersama-sama kita menyumbang untuk negara. Masa depan kita bermula dari sekarang, bukannya esok.  Yakinilah 2050 sudah berjalan hari ini.

No comments: