Translate

Sunday, July 16, 2017

TANPA PAS, KUATKAH PEMBANGKANG?


Salleh Said Keruak

1. Dahulu ketika DAP bertanding sendirian, pencapaiannya adalah jauh dari memberangsangkan.  Dalam PRU 1969 semasa pembangkang menang besar, DAP hanya memenangi 13 kerusi, 1974 (9), 1978 (16), 1982 (9), 1986 (24), 1990 (20), 1995 (9).

2. Pencapaian besar DAP dalam politik negara hanya tercapai dalam PRU 2008 apabila bekerjasama dengan PAS.  Dalam PRU ini, DAP memenangi 28 kerusi dan PKR (31).  Dalam PRU 2013, dengan meneruskan kerjasama bersama PAS, DAP memenangi 38 kerusi dan PKR (30).

3. Sekarang, setelah PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang, apakah pembangkang masih kuat?

4. Dalam PRU 2013, seramai 84.84% keluar mengundi daripada jumlah 13,268,002 pengundi berdaftar.  Keputusannya BN memperolehi (5,237,699 undi), PKR (2,254,328 undi), PAS (1,633,389 undi), DAP (1,736,267 undi), dan selebihnya parti-parti lain.  Dalam bentuk kerusinya ialah PKR memenangi 30 kerusi, PAS 21 kerusi dan DAP 38 kerusi.

5. Pencapaian besar DAP dan PKR dalam PRU 2008 dan PRU 2013 adalah kerana sokongan PAS yang bergabung dalam Pakatan Rakyat. Tanpa sokongan pengundi PAS, tentunya DAP dan PKR tidak mencapai kemenangan ini. Tanpa sokongan PAS, tentunya DAP dan PKR tidak akan kuat lagi.

6. Bayangkan tanpa PAS, sejumlah 70% pengundi PAS dalam PRU 2013 tidak lagi  mengundi pakatan pembangkang?  Dengan peralihan undi ini sejumlah ini, kekuatan pembangkang tentunya tempang.

7. PKR dan Amanah tidak boleh membantu pembangkang untuk menarik undi Melayu.  Ini kerana kedua-dua parti ini tidak mempunyai tapak politik yang kukuh dan gabungan mereka rapuh. Dengan kekurangan ini, tentunya Pakatan Harapan yang baharu ditubuhkan tidak mendapat keyakinan pengundi.

8. Dengan senario sebegini, nyatalah impian Pakatan Harapan untuk menguasai Putrajaya dalam PRU ke-14 semakin jauh.

9. Sesungguhnya, sejarah menunjukkan PAS adalah tunjang kepada kekuatan pembangkang seperti mana UMNO adalah tunjang kepada kekuatan BN. Kini realitinya,DAP adalah tunjang kpd Pakatan Harapan.

No comments: